KUALA TERENGGANU: Sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM48.7 juta akibat banjir besar yang melanda negeri itu pada 18 Dis lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata kerugian itu adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun selepas kali terakhir pada Februari 2022, iaitu sekitar RM2 juta.
Beliau berkata bagaimanapun angka tersebut dijangka boleh bertambah memandangkan pihak Jawatankuasa Tabung Bencana Pertanian Terengganu masih dalam tempoh mengumpul serta mengemas kini data untuk dilengkapkan hingga 15 Jan ini.
"Data yang kita terima setakat hari ini menunjukkan jumlah kerugian paling besar dicatat oleh subsektor pertanian iaitu RM39.2 juta yang melibatkan 2,555 petani.
"Bagi subsektor penternakan pula, kerugian dicatatkan adalah RM3.4 juta melibatkan seramai 781 penternak manakala bagi subsektor perikanan, sebanyak RM6.1 juta kerugian direkodkan membabitkan 360 penternak akuakultur dan nelayan," katanya selepas menyampaikan amanat sektor pertanian negeri di sini pada Rabu.
Menurut Dr Azman, Jawatankuasa Bencana Pertanian Terengganu akan bermesyuarat pada awal Februari depan bagi meneliti bantuan yang akan disalurkan kepada semua warga tani termasuk penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir.
Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bajet tambahan bagi Tabung Bencana Pertanian Terengganu memandangkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi 2022 dilihat tidak memadai serta mencukupi untuk menampung jumlah warga tani yang terkesan.
"Banjir luar jangka kali ini menyebabkan kerugian besar kerana ia meliputi semua sektor seperti penternakan, perikanan dan pertanian di lapan daerah di negeri ini.
"Kerajaan negeri sudah beri persetujuan untuk tambahan dana dalam Tabung Bencana Pertanian Terengganu, cuma belum dinyatakan jumlah tetapi kita akan mohon bajet ikut keperluan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Banjir luar jangka kali ini menyebabkan kerugian besar kerana ia meliputi semua sektor seperti penternakan, perikanan dan pertanian di lapan daerah di negeri ini. - Foto fail/BERNAMA
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.